Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.......

Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul

Munajat Sepasang Kekasih

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah rumah tangga kami ini,
Seindah Ibrahim dan Hajar a.s,
Setabah Ibrahim dan Hajar a.s,
Sebahagia Yusof dan Zulaikha a.s,
Sesetia Sulaiman dan Balqis,
Sesuci Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Murahkanlah rezeki kami,
Panjangkanlah umur kami,
Dekatkanlah kami kepada kebaikan,
Jauhkanlah kami daripada keburukan,
Kurniakanlah kami,
Zuriat yang soleh dan solehah,
Serta kesenangan dan kebahagiaan,
Di dunia dan di akhirat.
Amin "


Sekiranya, 
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi,
sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang 
yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi,
sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang
yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia jodoh
yang di tetapkan oleh Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,
Namun,
andainya dia bukan jodoh 
yang ditetapkan oleh Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

-Aminah Qutb-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...