Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.......

Monday, September 12, 2011

Mudahkah untuk MEMAAFKAN?

Assalamualaikum.....


Sudah lama blog ini tidak di isi... sudah lama ku mengabaikannya.... 


    Di sini, ada sedikit perkongsian ilmu untuk kita muhasabah tentang diri kita iaitu ... tentang KEMAAFAN. Mudah untuk kita berkata, MAAF tetapi.....
Mudahkah untuk kita nak memaafkan seseorang yang telah menyakiti hati kita?
Mudahkah untuk kita menerima segala kesakitan yang telah seseorang itu lalukan kepada kita?
Hati kita sakit, marah, geram..... rasa terhina 


Bila Kita Disakiti


    Bagi sesiapa yang pernah disakiti, di fitnah, di tikam dari belakang.... tentu faham kesakitan itu... Kalau boleh, kita ingin membalas semula apa yang telah orang berkenaan buat pada kita. Baru puas hati kita... dan padan muka dia. Tapi, saudari-saudari ku sekalian, ingatlah bukan itu yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Keinginan kita untuk membalas semula kesakitan tersebut adalah bisikan syaitanlaknatullah.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara-perkara negatif ke dalam hati kita agar kita terpengaruh dengan bisikannya. Seandainya kita terpengaruh, bersoraklah syaitan-syaitan laknatullah itu kerana telah berjaya menyesatkan seorang lagi anak adam....


    Tentu semua orang tahu hakikat di atas kan? Kalau boleh kita nak maafkan orang tu, tapi tetap tak boleh. Kalau boleh pun kita susah nak melupakan kesakitan yang telah tercipta. Begitulah yang sering di rasai oleh kebanyakan orang yang telah di sakiti.... termasuklah saya sendiri.


    Namun, seandainya kita menanamkan sifat PEMAAF dalam diri kita, insyaAllah kita akan memperolehi ketenangan dalam hidup kita. Ketenangan yang tidak mungkin akan kita perolehi seandainya perasaan dendam itu masih membelenggu dalam diri kita. Cubalah amalkannya dan anda akan dapat hasilnya.... lagipun, itulah yang dituntut dalam Islam.


   Pernahkah saudari-saudari sekalian mendengar sebuah kisah di zaman nabi, tentang KEMAAFAN ini?


Kisahnya begini....


Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Sahabat Rasululah tidak berpuas hati lalu bertanya kepada lelaki itu apakah amalannya sehingga Rasulullah sendiri mengatakan sehingga tiga kali dia adalah ahli syurga?
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Sebab itu, Islam menganjurkan bermaafan.
Sebab dengan kemaafan, hati manusia itu akan bahagia.
Bagaimana untuk memaafkan?
Sentiasalah berfikiran positif di saat kita di hantui dengan perkara-perkara negatif.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah di atas setiap ketentuan Nya.
Sentiasalah bersangka baik dengan manusia kerana kita juga bukan baik.
Sentiasalah redho dengan ketentuan dan keputusan yang telah di putuskan olehNya.
Sentiasa yakin, Allah akan memberi kebaikan kepada orang-orang yang sentiasa bersabar.
Sentiasa berdoa kepadaNya agar ditetapkan keimanan dan ketakwaan kita.
Sentiasa berfikir tentang ganjaran yang bakal kita perolehi di syurga nanti.




Semoga kita sentiasa menjadi orang yang penyabar dan PEMAAF.... Amin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...