Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.......

Monday, August 15, 2011

KEREDHAAN ITU HARUS DICARI, BUKAN DINANTI!!

Maha SuciMu Ya Allah, saya cukup tertarik dan terkesan membaca bait-bait kata di dalam warkah ini. Terima kasih tidak terhingga kepada kak Nurul, penulis novel Stanza Cinta kerana mengizinkan saya share warkah ini.


"SEDIKIT PETIKAN DARI NUKILAN NOVEL STANZA CINTA"


Warkah dari Taufiq Imran kepada Amni Sorfina.......
Hadirnya menghilangkan duka dan tangis Amni yang kelelahan...
Menyejukkan relung hati...
Mendamaikan sekeping hati yang hancur luluh..
Dek ujian hidup yang tiada berkesudahan..

                                                                     x x x x x x x x x x

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”- Al Ahqaf 46:13.

Bersihkan Jiwamu dahulu, pasti Tuhan akan membantu!!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia merasa malu dengan Tuhannya
Kerna merasa dirinya tidak pantas menerima nikmat itu
Hatinya gelisah"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
“Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerna nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya…dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerna dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan segala sesuatu

Bila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya
"Kerana dosa akulah aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya

Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja bisa menjemput.
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebalikny

Kakinya di dunia…namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat..
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya..!!!


Ukhti...
Jika kita mengeluh dan memarahi taqdir..sebenarnya kita juga tanpa sedar telah
memarahi pengatur alam ini..iaitu Allah! Kerna siapa sahaja yang menurunkan semua
ujian dan kesusahan ini jika bukan daripada Allah. Jika kita benci dan marah sekali
dengan ujian ini..berarti kita juga benci dan marah sekali kepada-Nya. Mengapa
tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah..yang ketika ditanya
oleh Sufyan Al Thauri “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk 
menyembuhkan kamu?”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu
 hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”

Pernahkah anti mendengar kisah Rabiatul Adawiyah yang bertemu dengan lelaki
yang sedang sakit?

Suatu hari, Rabi’atul-adawiyyah sedang melihat seorang lelaki berjalan dengan
kepalanya yang berbalut. Beliau bertanyakan kenapa kepalanya dibalut.
Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala.

Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Berapa umurmu?” 
Jawab orang itu, “Tiga puluh.” 
Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” 
Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah 
menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada 
badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar 
manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali?? Dan setelah mengetahui
 kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, 
setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu 
berlaku sehina itu!”

Subhanallah!! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni
syurga itu buat kekasihnya. Alangkah indahnya andai kita juga bisa mencintai
Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya.

Ana menasihati anti kerana merasa bertangunggjawab untuk menyatakn hal ini.
Ana tidak mahu melihat anti terus-terusan dalam keadaan berdukacita seperti itu.
Hati dan cinta yang ada tautkanlah seluruhnya untuk Allah…nescaya di situ anti
akan menemukan jalan kebahagiaan darinya. Carilah cintaNya..dan peluk selalu
cinta itu jangan dilepaskan.

Andai semua orang yang anti sayangi di dunia fana ini meninggalkan anti suatu
hari nanti….tetapi Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan anti.
Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq 
itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..
hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga 
kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya 
masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin 
bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu hilangnya
di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi
beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang!

Akhirul kalam…semoga bicara ini bisa menyapu duka yang melitupi ruang
hati anti. Afwan andai ada bicara ana di sini yang kurang menyenangkan anti.
Kerna ana tidak bisa dituntut di padang masyar kelak jika ada kata-kata yang
menyakiti hati anti. Ana pohon maaf yang sebesar-besarnya.

“Ingatlah…Yang menulis ujian atasmu adalah Yang
 menulis nikmat untukmu”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...