Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.......

Saturday, May 21, 2011

Cinta dan Maruah Wanita ada Di rumah

Wahai saudari-saudariku para wanita yang iltizam dengan agamanya, sentiasalah berada di dalam rumahmu kecuali kerana urusan yang penting, yang tidak boleh dielakkan untuk keluar rumah. Di dalam rumah andalah tersimpan segala rahsia kebahgiaan anda.

Anda akan dapat memperolehi kebahagiaan di dalam rumah anda sendiri. Jagalah kemuliaan anda, ketenangan anda dan kesantunan anda dari perosak. Sesungguhnya wanita murahan adalah mereka yang yang sering keluar untuk ke pasar tanpa ada kepentingan. Mereka bertujuan supaya tidak ketinggalan zaman dan mengikuti rentak zaman moden.

Wanita-wanita seperti ini keluar masuk pusat-pusat membeli-belah serta mencari segala sesuatu yang baru dan aneh yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan masalah agama, tidak selari dengan risalah dakwah dan tidak berhubungan dengan pengetahuan, ilmu dan kebudayaan.

Sesungguhnya, semua yang mereka lakukan hanyalah sesuatu yang berlebih-lebihan dan tidak mendatangkan kebaikan buat diri mereka.Malangnya, hal yang menjadi tumpuan hidup mereka hanya yang berkaitan dengan urusan perut dan pakaian.




Oleh itu, berhati-hatilah dengan tingkah-laku anda. Biarlah anda tetap di rumah, sebab rumah adalah tempat kebahagiaan, tempat aman dan santai. Kerana itu, jadikanlah cinta dan kasih-sayang bermula dari rumahmu, menjadi sumber hadiah yang baik dan berkat.


PEDOMAN HIDUP

Tidak usah memberitahu orang tentang
kesusahan anda, melainkan kepada mereka
yang dipercayai dapat membantu dengan buah
fikiran dan nasihat ke arah kebahagiaan.

"Alangkah bertuahnya, setiap keadaan
yang menimpa orang mukmin itu
sentiasa membawa kebaikan."


Petikan dari buku "Motivasi menjadi wanita paling bahagia".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...