Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia.......

Monday, September 12, 2011

Mudahkah untuk MEMAAFKAN?

Assalamualaikum.....


Sudah lama blog ini tidak di isi... sudah lama ku mengabaikannya.... 


    Di sini, ada sedikit perkongsian ilmu untuk kita muhasabah tentang diri kita iaitu ... tentang KEMAAFAN. Mudah untuk kita berkata, MAAF tetapi.....
Mudahkah untuk kita nak memaafkan seseorang yang telah menyakiti hati kita?
Mudahkah untuk kita menerima segala kesakitan yang telah seseorang itu lalukan kepada kita?
Hati kita sakit, marah, geram..... rasa terhina 


Bila Kita Disakiti


    Bagi sesiapa yang pernah disakiti, di fitnah, di tikam dari belakang.... tentu faham kesakitan itu... Kalau boleh, kita ingin membalas semula apa yang telah orang berkenaan buat pada kita. Baru puas hati kita... dan padan muka dia. Tapi, saudari-saudari ku sekalian, ingatlah bukan itu yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Keinginan kita untuk membalas semula kesakitan tersebut adalah bisikan syaitanlaknatullah.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara-perkara negatif ke dalam hati kita agar kita terpengaruh dengan bisikannya. Seandainya kita terpengaruh, bersoraklah syaitan-syaitan laknatullah itu kerana telah berjaya menyesatkan seorang lagi anak adam....


    Tentu semua orang tahu hakikat di atas kan? Kalau boleh kita nak maafkan orang tu, tapi tetap tak boleh. Kalau boleh pun kita susah nak melupakan kesakitan yang telah tercipta. Begitulah yang sering di rasai oleh kebanyakan orang yang telah di sakiti.... termasuklah saya sendiri.


    Namun, seandainya kita menanamkan sifat PEMAAF dalam diri kita, insyaAllah kita akan memperolehi ketenangan dalam hidup kita. Ketenangan yang tidak mungkin akan kita perolehi seandainya perasaan dendam itu masih membelenggu dalam diri kita. Cubalah amalkannya dan anda akan dapat hasilnya.... lagipun, itulah yang dituntut dalam Islam.


   Pernahkah saudari-saudari sekalian mendengar sebuah kisah di zaman nabi, tentang KEMAAFAN ini?


Kisahnya begini....


Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya. Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Sahabat Rasululah tidak berpuas hati lalu bertanya kepada lelaki itu apakah amalannya sehingga Rasulullah sendiri mengatakan sehingga tiga kali dia adalah ahli syurga?
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Sebab itu, Islam menganjurkan bermaafan.
Sebab dengan kemaafan, hati manusia itu akan bahagia.
Bagaimana untuk memaafkan?
Sentiasalah berfikiran positif di saat kita di hantui dengan perkara-perkara negatif.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah di atas setiap ketentuan Nya.
Sentiasalah bersangka baik dengan manusia kerana kita juga bukan baik.
Sentiasalah redho dengan ketentuan dan keputusan yang telah di putuskan olehNya.
Sentiasa yakin, Allah akan memberi kebaikan kepada orang-orang yang sentiasa bersabar.
Sentiasa berdoa kepadaNya agar ditetapkan keimanan dan ketakwaan kita.
Sentiasa berfikir tentang ganjaran yang bakal kita perolehi di syurga nanti.




Semoga kita sentiasa menjadi orang yang penyabar dan PEMAAF.... Amin. 



Monday, August 15, 2011

KEREDHAAN ITU HARUS DICARI, BUKAN DINANTI!!

Maha SuciMu Ya Allah, saya cukup tertarik dan terkesan membaca bait-bait kata di dalam warkah ini. Terima kasih tidak terhingga kepada kak Nurul, penulis novel Stanza Cinta kerana mengizinkan saya share warkah ini.


"SEDIKIT PETIKAN DARI NUKILAN NOVEL STANZA CINTA"


Warkah dari Taufiq Imran kepada Amni Sorfina.......
Hadirnya menghilangkan duka dan tangis Amni yang kelelahan...
Menyejukkan relung hati...
Mendamaikan sekeping hati yang hancur luluh..
Dek ujian hidup yang tiada berkesudahan..

                                                                     x x x x x x x x x x

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”- Al Ahqaf 46:13.

Bersihkan Jiwamu dahulu, pasti Tuhan akan membantu!!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya

Jika mendapat ujian kesusahan hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"

Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia merasa malu dengan Tuhannya
Kerna merasa dirinya tidak pantas menerima nikmat itu
Hatinya gelisah"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
“Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
Kerna nikmat itu masih menjadi tanda tanya

Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya…dia redha
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerna dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan segala sesuatu

Bila disusahkan orang, terus teringat akan dosanya
"Kerana dosa akulah aku disusahkan."
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan orang diingati dan dibalasinya

Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja bisa menjemput.
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus dilupakan sahaja
Kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebalikny

Kakinya di dunia…namun hatinya sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat..
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya

Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya..!!!


Ukhti...
Jika kita mengeluh dan memarahi taqdir..sebenarnya kita juga tanpa sedar telah
memarahi pengatur alam ini..iaitu Allah! Kerna siapa sahaja yang menurunkan semua
ujian dan kesusahan ini jika bukan daripada Allah. Jika kita benci dan marah sekali
dengan ujian ini..berarti kita juga benci dan marah sekali kepada-Nya. Mengapa
tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah..yang ketika ditanya
oleh Sufyan Al Thauri “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk 
menyembuhkan kamu?”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut pula kerana itu
 hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?”

Pernahkah anti mendengar kisah Rabiatul Adawiyah yang bertemu dengan lelaki
yang sedang sakit?

Suatu hari, Rabi’atul-adawiyyah sedang melihat seorang lelaki berjalan dengan
kepalanya yang berbalut. Beliau bertanyakan kenapa kepalanya dibalut.
Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala.

Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Berapa umurmu?” 
Jawab orang itu, “Tiga puluh.” 
Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” 
Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”

Lalu Rabi’atul-adawiyyah berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah 
menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada 
badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar 
manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali?? Dan setelah mengetahui
 kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, 
setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu 
berlaku sehina itu!”

Subhanallah!! Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni
syurga itu buat kekasihnya. Alangkah indahnya andai kita juga bisa mencintai
Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah kepada-Nya.

Ana menasihati anti kerana merasa bertangunggjawab untuk menyatakn hal ini.
Ana tidak mahu melihat anti terus-terusan dalam keadaan berdukacita seperti itu.
Hati dan cinta yang ada tautkanlah seluruhnya untuk Allah…nescaya di situ anti
akan menemukan jalan kebahagiaan darinya. Carilah cintaNya..dan peluk selalu
cinta itu jangan dilepaskan.

Andai semua orang yang anti sayangi di dunia fana ini meninggalkan anti suatu
hari nanti….tetapi Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan anti.
Kerna cinta sesama makhluk itu bersifat fana, manakala cinta kepada Khaliq 
itulah cinta baqa’ yang kekal abadi hingga ke hari bumi ini hancur menjadi debu..
hingga ke hari manusia dibangkitkan lagi di padang masyar kelak..dan hingga 
kesemua neraca keadilanNya tertegak di negeri sana..ketika itu cinta Nya 
masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang…malah semakin 
bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hambaNya yang lain.

Sesuatu yang diamanahkan oleh Allah tidak akan hilang di waktu hilangnya
di sisi manusia. Orang yang berhubung dengan Allah tidak akan rugi tetapi
beruntung. Orang yang ditolong Allah tidak akan kalah…tetapi akan terus menang!

Akhirul kalam…semoga bicara ini bisa menyapu duka yang melitupi ruang
hati anti. Afwan andai ada bicara ana di sini yang kurang menyenangkan anti.
Kerna ana tidak bisa dituntut di padang masyar kelak jika ada kata-kata yang
menyakiti hati anti. Ana pohon maaf yang sebesar-besarnya.

“Ingatlah…Yang menulis ujian atasmu adalah Yang
 menulis nikmat untukmu”.

Thursday, August 11, 2011

Cahaya Hati



Bila hati payah mengingati Allah
Bila hati tak syukur dengan kesenangan
Bila hati tak sabar dengan kesusahan
Bila kurang terkesan oleh peringatan
Bila cintakan diri, lupakan kawan
Bila cenderung pada yang haram dan dosa
Bila suka menzalimi dan menganiaya
Itulah petanda hati telah buta.
 
Paksalah hati mengingati TUHAN
Belajarlah syukur dengan apa yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu, cedoklah titisan peringatan
Jauhilah yang haram dan syubahat
Carilah bimbingan solihin terdekat
Bersahabatlah dengan orang yang baik
Pemurah, pemaaf dan bersedekah
Nescaya hati kan bercahaya semula
 
Ingin ku melihat yang indah dan cantik
Sayangnya ketika segalanya sudah nyata
Aku jadi buta untuk melihatnya
Mata berselubung keindahan ilusi
Hati terlindung keindahan hakiki
Cahaya atas cahaya....
Itulah cahaya yang di hati
Cahaya lindung cahaya
Itulah cahaya yang di mata
Aku terkesima !

Bicara Kelabu Di Saat Keliru


Bila Allah takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada kebaikannya. Sekalipun pahit, percayalah itu adalah ubat. Baik dan buruk hanya pada tafsiran manusia, sedangkan di sisi Allah.... segala-galanya baik belaka. Maha Suci Allah daripada bersifat zalim dan aniaya.

Setiap kita pasti melalui saat-saat kritikal itu. Bagaimana kaya, ternama dan berjaya sekalipun, pasti sekali atau banyak kali kita akan 'terkena'. Bahkan, sudah semacam sunnatullah, insan yang pernah melalui saat seperti itulah yang selalunya berjaya secara luar biasa.

Emas perlu ditempa. Intan perlu digilap. Mungkin begitulah tamsilan jiwa manusia. Ia ditempa oleh ujian, digilap melalui kesusahan. Sengatan ujian itu sangat menyatkitkan. Ya, terlalu menyakitkan. Namun, bila ia dapat dihadapi dan ditangani dengan rela, ia seolah-olah suntikan imunisasi yang menjadikan seseorang itu lali daripada sebarang kegagalan dan kekecewaan pada masa kini dan akan datang.

Demi ketenangan diri, pada saat itu akal yang dipenuhi ilmu perlukan pimpinan hati yang sarat iman.Tiada gunanya menghafal segala fakta dan maklumat tentang sabar jika ujian sudah menimpa. Melainkan segalanya diresapkan ke hati dan diapungkan semula sebagai tindakan.

Ilmu umpama pedang yang jika tidak ditetakkan kepada musuh, tidak akan ada gunanya. Begitulah juga perumpamaan Imam Ghazali ketika menasihati anaknya. Pedang sebaik mana pun tidak akan ada gunanya, jika tidak dihayunkan kepada musuh. Justeru, penguasaan akal atas nama kebijaksanaan dan keintelektualan akan sia-sia tanpa didasari keikhlasan dan kejujuran.

Jika akal, makanannya ilmu.Maka hati, 'makanannya' iman. Iman dan ilmu adalah gandingan serasi yang tidak dapat, mesti dicapai untuk keseimbangan dalam kehidupan insan. Bijak tanpa ikhlas akan terbabas. Ikhlas tanpa kebijaksanaan adalah satu kejumudan.

Kekuatan akal dan kelurusan hati perlu digandingkan dalam menyelesaikan masalah manusia yang kian kompleks. Bijak semata-mata tanpa kebersihan hati tidak akan membawa seorang manusia kepada bahagia dan tenang. Akal, Allah berikan demi ketajman dan ketepatan menilai masalah. Tetapi, kebersihan hati adalah wadah datangnya bantuan TUHAN untuk menyelesaikan segala maslah itu.

Hatilah raja seluruh indera yang lima. Dialah yang menghitam putihkan seluruh tindakan manusia. Zahir dan batih, seluruhnya dikawal oleh hati. Dalam Islam, hati adalah pusat segala gerak dan tindakan. Bagaimana sifat seorang manusia, bergantung kepada bagaimana keadaan hatinya.

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Dalam jasad anak Adam ada seketul daging, yang mana baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota jasad. Jika jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah... daging itu adalah hati." - al -Hadis.

Setiap pengalaman adalah pengajaran. Pengalaman adalah pengajaran yang dapat dirasai. Setiap manusia mempunyai pengalaman-pengalamannya tersendiri. Anehnya, walaupun pengalaman itu berbeza, tetapi rasa daripada pengalaman itu dapat dikongsi bersama.

Lalu dengan sedikit pengalaman yang ada, ditambah dengan pengetahuan dan ilmu yang dibaca, maka mampulah kita membuat renungan dan pemikiran. Hasilnya, terciptalah iktibar dan pengajaran. Jika dihuraikan dengan lebih terperinci, maka tercatatlah iktibar dan pengajaran itu sebagai imu yang dapat difahami dan digunakan oleh sesiapa sahaja, hatta oleh mereka yang tidak ataupun belum melalui pengalaman itu.

Hadapi satu episod hitam dalam perjalananmu yang pasti berliku. Dan alangkah baiknya andai dalam perjalanan itu kita mempunyai teman. Dan sebaik-baik temah ialah hati yang akrab dengan TUHAN.  Dengan bertemankanNya, kita akan bangkit daripada gelita.

- DI MANA DIA DI HATIKU?-

Thursday, August 4, 2011

Halusnya cara Allah




















Masya-Allah, Astaghfirullah.

Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.

Monday, August 1, 2011

Apabila kita sendiri di uji.....


APABILA KITA SENDIRI DIUJI
DENGAN APA YANG SERING KITA DAKWAHKAN,
ITU PETANDA ALLAH SEDANG MENDIDIK KITA
AGAR MELAKSANAKAN APA YANG KITA
PERKATAKAN....
BERSYUKURLAH KERANA ALLAH MASIH SUDI
MENGINGATI KITA DALAM USAHA
KITA MENGINGATI MANUSIA!

Saturday, May 21, 2011

Bercakap banyak mensia-siakan waktu yang berharga

Wahai saudariku, jangan sekali-kali membiasakan tabiat suka bertekak dan janganlah terbabit dalam perbincangan yang tidak ada hujung pangkalnya tentang masalah yang bersifat mungkin. Hal seperti itu akan membuatkan hati kita menjadi sempit dan nurani kita menjadi kotor. Janganlah kita memaksa orang menerima pendapat kita. Tetapi, keluarkanlah idea atau pendapatmu dengan santun, tenang, tidak tergesa-gesa dan yang paling penting, tidak mengumpat.

Sikap suka membantah dan banyak mengkritik orang lain tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada kita. Sebaliknya, hal itu akan membuat ketenangan hatimu hilang dan membuatkan imejmu dipandang rendah. Ucapkanlah kalimat yang sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain.

Perbuatan yang sentisa mendatangkan kesedihan dan kegundahan seperti menekan orang lain, mencela dan meremehkan orang, merupakan hal yang sangat di murkai oleh Allah. Hal-hal seperti ini boleh menghilangkan pahala kita dan mengumpulkan dosa serta menimbulkan perasaan tidak tenang.

Oleh itu, saudari-saudariku, sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain. Sesunguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna dan terpelihara dari dosa. Setiap kita pasti menanggung dosa dan aib sendiri. Berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia.


Cinta dan Maruah Wanita ada Di rumah

Wahai saudari-saudariku para wanita yang iltizam dengan agamanya, sentiasalah berada di dalam rumahmu kecuali kerana urusan yang penting, yang tidak boleh dielakkan untuk keluar rumah. Di dalam rumah andalah tersimpan segala rahsia kebahgiaan anda.

Anda akan dapat memperolehi kebahagiaan di dalam rumah anda sendiri. Jagalah kemuliaan anda, ketenangan anda dan kesantunan anda dari perosak. Sesungguhnya wanita murahan adalah mereka yang yang sering keluar untuk ke pasar tanpa ada kepentingan. Mereka bertujuan supaya tidak ketinggalan zaman dan mengikuti rentak zaman moden.

Wanita-wanita seperti ini keluar masuk pusat-pusat membeli-belah serta mencari segala sesuatu yang baru dan aneh yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan masalah agama, tidak selari dengan risalah dakwah dan tidak berhubungan dengan pengetahuan, ilmu dan kebudayaan.

Sesungguhnya, semua yang mereka lakukan hanyalah sesuatu yang berlebih-lebihan dan tidak mendatangkan kebaikan buat diri mereka.Malangnya, hal yang menjadi tumpuan hidup mereka hanya yang berkaitan dengan urusan perut dan pakaian.




Oleh itu, berhati-hatilah dengan tingkah-laku anda. Biarlah anda tetap di rumah, sebab rumah adalah tempat kebahagiaan, tempat aman dan santai. Kerana itu, jadikanlah cinta dan kasih-sayang bermula dari rumahmu, menjadi sumber hadiah yang baik dan berkat.


PEDOMAN HIDUP

Tidak usah memberitahu orang tentang
kesusahan anda, melainkan kepada mereka
yang dipercayai dapat membantu dengan buah
fikiran dan nasihat ke arah kebahagiaan.

"Alangkah bertuahnya, setiap keadaan
yang menimpa orang mukmin itu
sentiasa membawa kebaikan."


Petikan dari buku "Motivasi menjadi wanita paling bahagia".

Thursday, May 5, 2011

CINTA AGUNGKU

MAHA SUCIMU YA ALLAH. TANAMKANLAH RASA CINTA KU TERHADAPMU...






Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau Cinta Agungku
Nabi Muhammad PesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan\
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkau lah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah di balas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak di balas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaan ku

Wednesday, May 4, 2011

Hati yang menangis


Tuhanku….

ketika hati ini menangis,
hanya kau saja yg tahu
Ketika aku terus diuji,
Ketika tiada siapa sudi menemani,
Kaulah  tempat ku merintih
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasakan bila mendekatiMu

Tuhanku….
Ketika aku dalam kepayahan,
bersendirian dihimpit cubaan
Kau beri aku kesabaran,
pengalaman mengajar arti kematangan
Lantas Kau membuka pintu hatiku,
untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melukai diriku

Tuhanku….
Ketika aku kebuntuan
Kau berikan aku kekuatan,
kau tunjukkan aku jalan
Kau tidak membiarkan aku sendirian

Tuhanku….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira
Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai
Terimalah taubatku, kuatkanlah jiwaku dan sabarkanlah diriku
Bantulah diriku dalam mencari hidayahMu
Permudahkanlah jalanku dalam mencari Mu
Tunjukkanlah jalan keluar kepada ku
Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku
Amin.....


Syurga Dunia


Alangkah Bahagianya....
Jika pemimpinnya beriman
Di sisinya,
Pendidik yang beriman
Di bawahnya,
Terdidik dengan keimanan


Alangkah Bahagianya....
Jika jiwanya tidak mudah tergoda,
Jiran tetangganya tidak berburuk sangka
Rakan-rakannya tidak suka mengata,
Sahabat-sahabatnya tidak suka mengena,


Namun,
Di manakah bahagia itu.....
Jika miliki anak yang derhaka,
Jika suami tidak setia,
Jika isteri selalu bersengketa,
Jika tetangga suka menabur dusta,
Jika rakan  suka mempersenda
dan.....
Jika jiwa selalu ke arah yang berdosa?


Demi mengecapi syurga dunia
Begitu juga syurga di sana
Tanam dan suburkanlah
Iman sebagai matlamat
Syariat sebagai panduan
Kasih sayang sebagai syarat


InsyaAllah....
Akan terbuah dan terhasillah
Akhlak yang baik sebagai budaya
Didalam sesebuah rumahtangga
Dan nikmatilah ia dengan gembira


Tuesday, February 22, 2011

Isn, 21 Feb 2011 17:42 | Hariz Khair Ad-Deen | Editor: mawaryangtinggi
0
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Memang.
Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?
Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.
Bersangka baiklah.
Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.
Sabar.
Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.
Kesilapan kita.
Ada masa kita silap.
Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.
Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.
Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita.
Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.
Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.
Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.
Wujudnya saat muhasabah.
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.
Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.
Baik.
Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.
Dia mahu kita selamat di 'sana'.
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.
Sekarang, jawab dengan hati kita. . .
Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?
Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?
Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.
Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.
Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.
Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.
Selama ini, adakah itu cara kita melihat?
Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup
Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]
Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.
Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.
Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.
Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]


Sunday, February 20, 2011

Doa seorang suami.......



SETIA SEORANG ISTERI 

DI SEBALIK REDUP MATAMU
TERSIMPAN SATU RAHSIA
YANG TERBUKU DI RUANGAN HATIMU
DI SEBALIK SENYUMANMU
TERSIRAT SIMPULAN DERITANYA
HANYA TUHAN YANG TAHU

KAU SETIA MENANTI
KAU SETIA MENGHARUNGI
BIARPUN RIBUT BADAI MELANDA
KAU TEGUH BERDIRI
WALAU DERAS ANGIN MENDERU
KAU TETAP DI SISI

KU DOAKAN AGAR KAU KAN BAHGIA
KU DOAKAN AGAR TIADA LAGI DERITA
MOGA TUHAN KAN MERAHMATIMU
DI SYURGA YANG SELAYAKNYA....... OH......

DI SEBALIK REDUP MATAMU
TERSIMPAN SATU RAHSIA
YANG TERBUKU DI RUANGAN HATIMU
DI SEBALIK SENYUMANMU
TERSIRAT SIMPULAN DERITANYA
HANYA KAU YANG TAHU

SETIAMU KU HARGAI
KAULAH ISTERI YANG KU SANJUNGI
KERANA KAULAH BIDADARI
YANG BERSEMI DI HATI

KU DOAKAN AGAR KAU KAN BAHGIA
KU DOAKAN AGAR TIADA LAGI DERITA
MOGA TUHAN KAN MERAHMATIMU
DI SYURGA YANG SELAYAKNYA
KU DOAKAN AGAR KAU KAN BAHGIA
KU DOAKAN AGAR TIADA LAGI DERITA
MOGA TUHAN KAN MERAHMATIMU
DI SYURGA YANG SELAYAKNYA
UNTUK SEORANG ISTERI YANG SETIA....
 
- Inilah yang didambakan oleh seorang isteri yang setia dan solehah kepada suaminya.....

Bagaimana jika Allah mencintai kita?

alt
Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya.
Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
 Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata:

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya.
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?
-

















Ternyata, selama ini kita mengejar hanya cinta sesama makhluk. Sedangkan makhluk itu tidak dapat memberi atau memenuhi semua kehendak kita. Sedangkan makhluk itu jugalah yang sering menyakiti hati kita.
- Sesungguhnya, cinta kepada Allahlah yang akan kekal, yang membahagiakan, yang akan sentiasa memberi ketenangan, dan yang akan memberi kita kebaikan di dunia dan akhirat.

Marilah kita bersama-sama mencari cinta ILAHI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...